Kluster COVID-19 Jemaah Tabligh 2020 di Malaysia

Perhimpunan agama Jemaah Tabligh yang berlangsung dari 27 Februari hingga 1 Mac 2020 di Masjid Jamek Seri Petaling di Sri Petaling, Kuala Lumpur telah menjadi acara penyebaran COVID-19 besar-besaran dengan lebih daripada 3,300 kes dikaitkan dengan acara tersebut.[4][5] Menjelang 19 Mei 2020, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah mengesahkan bahawa 48% kes COVID-19 di dalam negara (3,347 kes) telah dikaitkan dengan kluster tersebut.[6] Selain itu, hampir 10% yang hadir ialah pelawat dari luar negara, menyebabkan penyebaran COVID-19 ke negara-negara lain di Asia Tenggara.[7]Walaupun penyebaran COVID-19 melalui kluster ini jauh lebih meluas, himpunan agama Jemaah Tabligh bukanlah kluster yang menyebabkan gelombang jangkitan COVID-19 yang pertama di Malaysia.[8]

Kluster COVID-19 Jemaah Tabligh 2020 di Malaysia

Hadirin Sekurang-kurangnya 16,000 orang
[1]
Hanya 12,500 orang peserta didakwa hadir oleh Pimpinan Jemaah Dakwah dan Tabligh Malaysia
[2]
Tarikh 27 Februari–1 Mac 2020
Kematian 34[3]
Lokasi Kuala Lumpur, Malaysia
Hasil Gelombang kedua COVID-19 di Malaysia
Tempat Masjid Jamek Sri Petaling
Jenis Himpunan agama

Rujukan

WikiPedia: Kluster COVID-19 Jemaah Tabligh 2020 di Malaysia //doi.org/10.1016%2Fj.ijid.2020.10.027 //doi.org/10.1093%2Fjtm%2Ftaaa059 //www.worldcat.org/issn/1201-9712 https://www.abc.net.au/news/2020-03-19/coronavirus... https://kpkesihatan.com/2020/07/08/kenyataan-akhba... https://www.malaysiakini.com/news/516015 https://www.nytimes.com/2020/03/20/world/asia/coro... https://academic.oup.com/jtm/article/27/3/taaa059/... https://uk.reuters.com/article/uk-health-coronavir... https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/...